“Eh, minyak zaitun pun ada yang palsu ke?”
Dunia sekarang serba canggih, bukan je barang boleh ditiru, makanan dan ubat pun ada yang tiruan !
Berikut 5 tips untuk anda memilih minyak zaitun yang asli dan berkualiti tinggi:
1) Dibotolkan dalam botol kaca gelap atau jernih dan dimasukkan dalam kotak.
Ianya bagi memelihara kualiti minyak zaitun kerana minyak zaitun alah dengan haba dan cahaya.
2) Pilih Minyak Zaitun Extra Virgin Olive Oil
Extra Virgin adalah minyak hasil perahan pertama yang mana paling bermutu tinggi dan paling tinggi khasiat nutrisinya.
3) Menggunakan Perahan Sejuk
Minyak yang dihasilkan melalui proses perahan sejuk (Mechanical Cold Pressed) adalah kaedah alami tanpa menggunakan kimia atau pemanasan akan mempunyai kandungan khasiat yang tinggi.
4) Minyak Zaitun tidak ditapis
Minyak zaitun yang tidak ditapis mempunyai lebih banyak khasiat polifenol sehingga 30% lebih tinggi berbanding minyak zaitun yang ditapis.
5) Pastikan yang original dan asli
Pilih minyak zaitun yang telah dibuktikan tulen daripada badan berautoriti seperti USDA Organic, Pensijilan Makanan Organik Malaysia untuk memastikan ianya benar-benar asli tanpa sebarang campuran minyak sayuran yang lain.
Selamat beramal dengan Minyak Zaitun, manfaat untuk seluruh tubuh.