Masih ramai lagi yang tidak mengetahui bahawa lebih kurang 90% madu di pasaran adalah palsu. Mereka tidak dapat mengenalpasti yang mana satukah madu asli dan mana pula yang palsu.
Ada yang mengatakan bahawa untuk mengetahui sesuatu madu itu asli atau tidak adalah dengan memerhatikan jika semut mengerumuninya. Ada juga yang mencadangkan untuk meletakkan madu tersebut kedalam peti sejuk untuk melihat jika madu itu beku atau tidak.
Betulkah?
Semut tetap akan mengerumuni madu asli kerana seperti manusia juga, semut memerlukan karbohidrat dan sumber protein. Cumanya dalam bentuk gula. Madu adalah sumber karbohidrat dan protein yang ideal untuk semut-semut ini.
Terdapat kandungan frukosa dan sukrosa, iaitu gula semulajadi yang sememangnya datang daripada madu tersebut. Disebabkan oleh kandungan kepekatan gula yang tinggi dan kandungan air dalam madu yang rendah ini juga menyebabkan madu boleh membeku dalam peti sejuk. Tambahan pula, protein yang ada di dalam madu dan amino asid yang bertindak sebagai agen antibeku yang menghalang daripada struktur dan tekstur madu ini rosak akibat pembentukan hablur ais besar.
- Madu asli tidak akan bersemut
- Tekstur sarang lebah akan kelihatan setelah madu dicampur dengan air di dalam piring.
- Madu tidak mempunyai tarikh luput.
Ini adalah antara-antara mitos yang sering didengari mengenai madu.